Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga.
Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.

Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,

"Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit"

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!"

Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga."

"Dia pun kata jangan makan makanan ringan?"

"Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"


-------- Sumbangan : Shahril

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
30/3/11 7:45 AM

mcm krg ajar sikit la...huhu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
21/4/11 2:53 PM

budak kuang ajo...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
11/5/11 9:34 PM

emm

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
14/5/11 5:33 PM

hahaa ni lawak

Reply
avatar