Kunci Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh... sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”