Makna politik bagi seorang kanak-kanak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik".

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".


---------- sumbangan :yopie

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
14/5/10 5:36 PM

dalam maknanya...em...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
4/3/11 3:54 PM

sangat bagus cerita ni,ada maknanya n pgajarannya

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
30/3/11 11:38 AM

bkn lawak...tp ade makne yg mendalam....gud

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
12/12/11 11:08 AM

cita nie btul2 mpunyai makna yg mdalam.good!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
30/12/11 12:44 AM

mesti budak kena puji oleh cikgunya .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
1/8/12 1:11 PM

Hahahahaha..Mmg bangang mcm pembangkang!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
1/8/12 1:11 PM

Mmg mcm pembangkang pun!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
17/10/12 5:22 PM

pengomen2 kat ats ni mesti org kerajaan, keje kerajaan ni yg dtg keje, bukak internet bulan2 dapat gaji.kol 10 minum pagi. kol 12 dh rehat. kol 4dh ttup kaunter.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
20/10/12 12:38 PM

haha.mmg org krjn 90% mcm tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
26/8/13 4:59 PM

Betul 2,layan customer macam nak tak ja,buat muka hampeh,kerja pun tak banyak mana,songeh ja lebih

Reply
avatar
Afifah Rosli
AUTHOR
8/7/14 3:52 PM

Npew commenter2 kt atas ni emo sgt???
That just a story la Bro....

Reply
avatar