Nenek dan Pemandu Teksi

Ada tiga orang nenek tua pergi ke pusat mebeli-belah. Lepas mebeli-belah, dia orang tahan teksi.

Ketiga-tiga naik teksi dan duduk di kerusi belakang.Sepuluh minit dalam perjalanan, terdengar plastik berbunyi di belakang. sepuluh minit minit selepas tu , nenek bertanya kepada pemandu teksi.

Nenek: Adik ohhh adik, kamu mahu makan kacang?

Pemandu Teksi: Boleh juga Makcik.

Sambil dia menghulur tapak tangannya ke arah nenek tadi tanpa menoleh ke belakang. Dia pun melihat di telapak tangannya penuh dengan pelbagai jenis kacang. Lalu memasukan ke dalam mulut.

Pemandu Teksi: Oii , sedap kacang ni Makcik. Freeeeesh lagi. Tiada garam.

Sepuluh minit kemudian, Makcik bertanya.

Makcik: Adik, kamu mahu kacang lagi?

Pemandu Teksi: Buleh juga Makcik.

Sambil menghulur tangannya. Lepas di masukkan ke dalam mulut, dan mengunyah, dia bertanya kepada makcik tersebut.

Pemandu Teksi: Makcik, tak makan kacang ke?

Nenek itu pun jawab.

Nenek: Kau tau lah kami ni adik. Sudah tua, tiada gigi. Kami suka isap dia punya coklat saja!



sumbangan: Hazmi Zaki