mytukangcat.blogspot.com

Friday, June 29, 2007

Zamrah Mamat

Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah jangan malu-malu.

Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang bernama Zamrah adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE MAMAT rumah yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.


---- sumbangan: Ramlan Bin Hussein

Thursday, June 07, 2007

Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".


---- sumbangan: cyan