I'M THE BOSS

Seorang lelaki mengeluh kerana sering di ketepikan dalam sebarang urusan di pejabatnya...

Beberapa jam kemudian.. dia balik kerumah untuk mengambil sesuatu... dan kembali ke pejabatnya..
dengan sebuah papan gantung pintu yang bertulis "I"M THE BOSS".

Kemudian di gantungkannya papan gantung pintu itu di pintu biliknya.

Di waktu tengaharinya dia keluar makan dan terus pulang ke pejabatnya bila selesai...
Tiba-tiba dia menemui satu nota kecil ditampal di papan gantung pintunya tadi.

Isi nota tersebut adalah:
"Isteri Anda menelefon, dia minta Anda segera mengembalikan papan gantung pintunya."