Ujian Pendengaran

Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yang berumur 55 tahun.

Dari jarak 10 meter suami memulakan :-

Suami : Sayang masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7 meter pula.
Suami : Sayang masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5 meter pula.
Suami : Sayang masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3 meter pula.
Suami : Sayang masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1 meter...dengan suara yang lebih kuat.
Suami : Sayang masak apa hari ni..?

Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jawab...awak tanya gak lagi....

Sang suami pun terus diam dan terus keluar rumah untuk sidai kain.


Sumbangan: Budak MBS

1 comments:

Write comments