mytukangcat.blogspot.com

Thursday, June 29, 2006

Angelina Jolie

Angelina Jolie akan melawat Malaysia !!!

Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari.

"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".

Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.

"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M.Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat".


---- sumbangan: Srox

Tuesday, June 27, 2006

JUJUR

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut
Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu
. Aku hanya inginkan ayam gorengku."

Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya.

"Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah
dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."


---- sumbangan: Kunyit

Wednesday, June 21, 2006

Beruk

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)


---- sumbangan: Halim

LARI...

Bersama seorang teman sekelas aku pulang dari latihan olahraga. Di perjalanan, entah siapa yang mulakan dulu, kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari. Kerana kami berdua tidak ada yang mau mengalah.. akhirnya kami memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100 meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram dan kelam.

Kami pun menggambil posisi masing2.. dan 1…2…3…, aku dan temanku terus berlari "sprint" secepat mungkin. Ternyata kami berdua seimbang dan sama pantas…...

Beberapa meter dari hujung blok (yang menjadi garis penamat kami) tiba-tiba seorang Pak guard yang meronda di setiap blok berlari mengejar kami ….. Pak guard tersebut berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang kami.

Aku bingung… kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua…, kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak guard tersebut. Aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup kuat kerana dia masih terus mengekori kami. Mesti pun aku sudah kepenatan tetapi aku masih tetap berlari …. melepasi blok keenam kami berdua sudah tidak kuat lagi berlari. dan kepenatan..

Akhirnya di persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela napas yang kelelahan. Beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap.

Kami bertiga terdiam selama beberapa saat.. melepaskan lelah masing-masing... Akhirnya, setelah agak tenang, dengan heran aku tanya kepada Pak guard tersebut..

"Pakcik.., kenapa pakcik mengejar kami..?"

Pak guard itu nampak kebinggungan. Mungkin masih kebinggungan dan kepenatan.. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang pekat..

"Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono..."

Maksudnya..
Tadi saya melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali.., saya kira ada apa-apa yang terjadi.. jadi saya pun ikut lari juga...


---- sumbangan: kunyah

Tuesday, June 13, 2006

Anjing Peliharaan

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".


---- sumbangan: Maman