10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

Untuk renungan bersama...

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....


---- sumbangan:Rosli

15 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
6/5/10 2:28 AM

otak melayu.. camni lah..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
19/5/10 2:42 PM

saya sokang..2 la x berbaloi kua tgk wayang law setakat tgk cte mlayu mmg mmbazir jew..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
8/6/10 9:47 AM

itu la...sampai bila lah filem malaysia akan maju di bwa pengarah melayu...bull shittttt

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
9/6/10 5:11 PM

hang ni mesti slalu tgk gerak khas kan...
xde mutu citer melayu ni..

Reply
avatar
kyra
AUTHOR
8/7/10 5:07 PM

tawu xpa.....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
1/8/10 3:15 AM

huuhuhu btul3 !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
17/9/10 1:57 PM

mmg tepat sekali... sakit hati bile dipikir2kan balik tapi apo nk dikato dh takde cite lain nk ditgk.. hehehe!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
5/10/10 3:56 PM

sy sokong 100%..haha..bgus p library bca buku drpd tngo filem mlyu...kah3

Reply
avatar
Pudinz89
AUTHOR
8/12/10 3:58 PM

Ade benarnya kata saudari tu...hik3...yang terbaru,ada drama AKINABALU bersiaran di astro. Sy sesungguhnya AMAT MENYMPAH dengar bahasa2 yg dgunakan.COz perkataan SIA(ganti diri untuk saya dalam bahasa Sabah) amat ditekankan sedangkan tak 100 % org sabah menggmbarkan diri mereka dgn bahasa sedemikian.Sepatutnya pihak produksi(amboi...) kene kaji n gali(kritikan kak Ogy)sedalam2nya sebelum buat skrip.Ni tak,memalukan kaum industri drama aje,huhuhhh!!! Lagi satu,bnyak pkataan2 xelok dgunakan spt 'talingong' n sbginya...tah,malas nak tengok drama ni.Buat segan aku je... ;(

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
10/3/11 3:51 PM

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

abes 2 xkan nak ckp bhse cina..diorg bkn tau ckp cina pon..tp yg laen2 aku stuju..lagi satu dlm citer melayu msti ad adegan kt meja mkn (mkn smbil brckap)..xde adab sungguh

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
4/4/11 5:40 PM

bodo,ko toh mlayu ke x?baghal

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
17/4/11 10:44 AM

nak tambah satu lg.. kalau dlm filem seram, bila malam je, mesti tingkap terbukak(rumah kampung) walhal kalau dkt kampung2, time maghrib masuk je, tingkap sume sepatutnye dh tutup. tang itu tak logik sikit.

tp ok ckit kot plot cite melayu drpd plot cite indon(jgn marah!) sbb bile tgk drama indon, berbelit2 citenye,konfliknye pulak tak kukuh(bende kecik/remeh)..menambahkan pening di kepala je lg bila nengoknye.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
25/4/11 2:45 PM

btol 2..kbykn cite melayu skang x mnunjukn nilai murni...byk adegan yg xsesuai...cm anak mlwn ckp ibubape..sggh xsesuai dpndg...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
2/10/11 2:48 AM

Tmbh lagi...klu cite antu...umah msti nk gelap...giler x logik...umah pnye la bsar tpi x bkak lmpu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
5/5/14 2:32 PM

Btl3...saya cadangkan syarikt perfileman m'sia pegi cari sume org yg komen kat sni..bagi die org pluang utk buat film..sebab sy tengok mcm rmai yg berbakat ni..

Reply
avatar