Guru Terbaik

Seorang guru bertanya kepada murid2nya...

"Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"

"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas..

"Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..

"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."

-----------------------

Murid Derhaka

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..
tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini.
Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi??
guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan
cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas
kembali bising macam biasa...