Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.
"Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???", sergah Kapten pasukan.
"Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!" balas penembak tu.
"Takpe... takpe... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!"
Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf "Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!".
Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah "Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!"
Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.
"Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!"