PERBUALAN 3 SAHABAT

Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 

Man: Wow ! Bapak kau keje apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

Sobri yang dari tadinya    mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.

Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?

Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!

Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?

Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua.  Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm ikut dia. Bukan setakat tunduk je. Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.

Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko smpai semua orang ikut dia?

Sobri: Ye lah.. bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.


Selamat menunaikan Solat fardhu secara berjemaah

--- sumbangan: Parto