Kisah Sedih

Baca kisah sedih yang dikongsi didalam laman FB baru-baru ni..

Ada dua orang ibubapa di Kuala Lumpur berebut-rebut hak penjagaan seorang kanak-kanak. 

Lalu Hakim bertanya kepada kanak-kanak tersebut..
"Adakah kamu ingin tinggal dengan ayah kamu?

Lalu kanak-kanak itu menggelengkan kepala dan menjawab..
"Tidak mahu kerana ayah selalu membelasah saya"

Lalu Hakim bertanya lagi..
"Ingin tinggal dengan ibu kamu? 

Sambil menangis kanak-kanak itu menjawab..
"Saya tidak mahu ibu kerana dia juga selalu membelasah saya"

Hakim sudah mula pening lalu bertanya lagi..
"Habis itu dengan siapa kamu mahu tinggal?

Lalu dengan pantas dia menjawab..
"Saya ingin tinggal dengan pasukan bolasepak Malaysia.."

Semua yang berada didalam dewan mahkamah berasa hairan...

Tuan Hakim bertanya lagi...
"Kenapa kamu mahu tinggal dengan pasukan bolasepak Malaysia?

Kanak-kanak malang itu seraya menjawab...
"Sebab pasukan bolasepak Malaysia tak pernah belasah siapa-siapa pun...

Harap dijadikan iktibar untuk kita semua..jaga lah anak-anak kita dengan baik. 


---sumbangan: Mie